24 November 2008

DEMI TUGAS.......

KLINIK DESA BELIMBING


Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua ahli kesihatan seluruh daerah Maran khasnya.Terima kasih di atas tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yang di berikan bagi memantapkan artikel saya ini. Saya sebagai anggota kesihatan berjawatan Jururawat Masyarakat daerah maran amat berbesar hati kerana di beri peluang untuk menyediakan artikel pendek untuk bahan bacaan, panduan dan berkongsi pengalaman bersama saya.

Untuk pengetahuan tuan dan puan, saya adalah Jururawat Masyarakat bagi lantikan September tahun 2008.Saya sebagai Jururawat Masyarakat yang baru merasa amat gembira kerana akhirnya saya dapat mencurahkan sedikit bakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat saya.

Sebelum meneruskan artikel pendek ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini, kerana telah memberikan kepercayaan penuh ke atas pelantikan saya sebagai Jururawat Masyarakat bagi menyediakan artikel pendek saya yang agak serba kekurangan ini.Kepercayaan dan amanah yang di berikan kepada saya, akan saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.Semoga imej “PKDM” di bangga oleh semua anggota kesihatan.Sekiranya saya ada melakukan sebarang kesilapan dalam menyediakan artikel ini, di harap pihak tuan dapat menegur dan memberi tunjuk ajar kepada saya,supaya dapat memperbaiki dan memberi komitmen yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Penempatan pertama saya ialah di Klinik desa Kg.Belimbing, Maran Pahang.Perasaan saya amat takut dan berkobar – kobar untuk mula berkhidmat di kampung tersebut, kerana perjalanan ke kampung tersebut agak jauh iaitu lebih kurang 100 km dari pekan Maran dan tempatnya agak pedalaman.Penduduknya pula hanya sekitar 278 orang sahaja.Setibanya saya di kampung tersebut, saya dapat rasakan bahawa kampung ini adalah sebuah kampung yang aman dan damai.Mereka bekerjasama dalam setiap aktiviti yang di jalankan di kampung tersebut.Mereka bukan sahaja bekerjasama tetapi bertanggungjawab, peramah dan baik hati dimana masyarakatnya masih mengekalkan adat kampung yang harmonis.

Namun saya agak terkejut kerana,Klinik saya nampak agak usang dan dalam proses membaik pulih.Kini, klinik saya menumpang di bangunan Tabika Kemas buat sementara waktu sehingga klinik saya sudah siap dibaiki.Apapun yang berlaku, ianya tidak mematahkan semangat saya untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat di kampung tersebut.

Saya merasa amat sedih dan terkejut sekali lagi, apabila menjejakkan kaki di kuaters klinik desa tersebut.Ini kerana kuaters tersebut nampak usang dan sedikit
kotor.Tidak seperti rakan – rakan saya yang lain dapat kuaters yang lebih selesa.Contohnya di Kd Serengkam khasnya.Walaupun dapat kuaters yang agak usang namun saya tetap menerima seadanya dan akan cuba memperbaiki kuaters tersebut, seperti mengecat dan membersihkan kawasan sekeliling kuaters tersebut supaya ianya nampak bersih dan selesa di duduki oleh kami sekeluarga.Alhamdulilah,kuaters tersebut sudah di bersihkan dan di cat.Kini kami 3 beranak amat selesa dan berpuas hati duduk di kuaters tersebut.Saya amat bertuah dan berpuas hati kerana akhirnya saya dapat membersihkan kuaters tersebut dengan bantuan suami saya.Beliau banyak membantu saya dalam suka dan duka.Tidak lupa juga pada JM senior saya,dan staff KK Maran kerana datang membantu saya dalam sesi gotong – royong di klinik sementara.Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat pada saya.
Akhir sekali, saya berharap agar artikel saya ini dapat dikongsi bersama.Sekiranya saya ada melakukan kesilapan sehingga mengguris perasaan semua di harap,maafkan saya.Tegur dan nasihat dari anda semua akan menjadi pengajaran buat saya.Supaya saya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu.

Sekian Terima Kasih



Julian bt Shik
JM KD Kg Belimbing
Maran Pahang

21 November 2008

3rd Pahang Scientific Meeting 2008

Banner Rasmi

Cenderahati Presenter

Dr Saniah "Asthma In Adult"


Para peserta

Para peserta





17 November 2008

Program Berkhatan Daerah Maran 2008

Tok Mudin Rahim sedang mencuci

Kecut wei kener air pancut bomba...

Tok Mudin Fadhil dan Jai

Bergambar beramai-ramai selepas mandi air pancut bomba

Banner Program Berkhatan Daerah Maran