27 Julai 2009

Perkahwinan Fiza ( Anak Kak Shidah PPK)











Kemalangan Ngeri Di Bandar Maran

MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayilelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yangdinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di JalanKuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam. Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayaitercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepitdi tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian. Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32,pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun,isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yangmengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif ImanNasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera. Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anakbongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggaldi Felda Jengka 5. Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringandi kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerlohuntuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.

( Berita ini di copy paste dari KOSMO Online )